Majlis perasmian surau
Tuesday, May 31, 2011
GOTONG ROYONG SURAU
Salam..satu program gotong royong telah berjaya dilaksanakan tahun ini oleh khariah taman lembah bujang indah pada 21 mei 2011
Wednesday, May 11, 2011
SUMBANGAN KEPADA SEBARANG AKTIVITI SURAU AL IMAN,TAMAN LEMBAH BUJANG INDAH
boleh menghubungi pihak AJK Surau En. Azahari 0194345330 atau boleh bank in sumbangan anda dalam akaun BANK MUAMALAT NO.AKAUN-0202-0002425-71-6...
SEMOGA SUMBANGAN ANDA AKAN DIBERKATI OLEH ALLLAH.S.W.T....
Tuesday, May 10, 2011
PROGRAM GOTONG-ROYONG
Pihak AJK Surau Al-Iman mengadakan mesyuarat bagi pelarasan AJK dan Bajet Program gotong-royong Perdana dan majlis bersama penduduk /sukaneka pada malam selepas solat insya' di surau Al-iman pada 10 Mei 2011. masa : 9.00 malam..
Salam...semua warga penduduk di minta hadir ke program gotong-royong
pada :
Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi - 12 tengahari
* dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani.
sebarang makluman sila hubungi setiausaha Taman En. Zainduddin 0194244272
Sila serahkan sumbangan tunai sebanyak RM10.00 ke atas kepada bendahari/Pengerusi/AJK
mulai 10 Mei 2011 sehingga mesyuarat akan datang, 2 minggu dari sekarang
Tuesday, May 3, 2011
Fahamilah hukum dan akibatnya...
Penyelidik Jakim : Harus Bersumpah Menafikan Tuduhan Zina dan Pandangan Ahli Agama Mengenainya !!!
Selain itu blog Tun Faisal ada juga menceritakan isu mubahalah / sumpah laknat ini di sini http://tunfaisal.blogspot.com/2011/04/video-seks-mubahalah-dan-budak-budak-pr.html
antara lain beliau menulis : Bagi sesiapa yang hendak memahami tentang soal mubahalah boleh membaca dari dua blog ini. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Dr Mohd Radzi Othman, beliau pernah menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Islam, di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Saya mengenali beliau sebab pernah mengambil kertas di bawah beliau semasa di USM.
- Allah dan RasulNya tidak pernah menghalang mana-mana umat Islam untuk bermubahalah. Jadi siapa budak-budak PR yang mahu menghalang mubahalah? Mereka nak jadi Tuhan kah?
- Soal mubahalah adalah hak Eskay dengan Allah. Sekiranya selepas bermubahalah, dia dilaknat oleh Allah, apa masalah budak-budak PR? Apa yang mereka takut?
- Sekiranya Eskay bermubahalah dan jika Anwar di pihak yang benar, sepatutnya Anwar lebih berani untuk bermubahalah. Kenapa takut?
- Soal sama ada Anwar salah atau benar itu soal lain. Yang penting, jika Anwar berani bermubahalah, kita mahu melihat sama ada Anwar dilaknat Allah SWT atau tidak selepas itu.
- Mubahalah adalah di antara seseorang individu dengan Allah swt
- Proses pembuktian kes jenayah sama ada melalui saksi mahupun bukti saintifik adalah soal mahkamah dunia
Nasihat Imam Hassan Al Banna Untuk Renungan Semua..ambillah sebagai amalan kita...
Nasihat Imam Hassan Al Banna Untuk Renungan !!!Dan semua umat Islam TIDAK KIRA apa latar belakang politik dan negara
Mengenali Imam Hassan Al Banna
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna
PAS dan Ikhwanulmuslimin :
http://mahasiswamenggugat.blogspot.com/
http://localfighter.blogspot.com/ dan http://ulamak.pas.org.my/v2/
PAS tidak kisah moral Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
PERLUNYA PENYATUAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA...JANGAN CARI ALASAN LAGI...
Pengkhianat Islam
KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.
Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.
Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.
Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.
Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.
“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.
MASIH TAKUT PADA BAYANG OSAMA????
LIHAT GAMBO NI SEMUA..Betui ka osama tu...konflik masyarakat islam terhadap dasar memerangi keganasan AMERIKA...
Anak perempuan Osama saksi pembunuhan bapanya
ISLAMABAD 4 Mei – Pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama bin Laden menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).
Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali tersebut, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.
Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat. – Reuters
Kematian Palsu Osama Laden & Tamat Konspirasi 9/11: Peralihan Pax Americana kepada Pax Judaica.
Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda. Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas. Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia. Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat. Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.
Dari perspektif eschatologi Islam pula, kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih). Allahu A'lam.
Dari pandangan hadis Sahih Muslim. Justifikasi kepada kejadian inilah yang dikatakan bahawa Pax Judaica akan mengambil alih dari Pax Americana sedikit masa sahaja lagi adalah untuk menjayakan misi dalam merintis jalan kepada The Anti-Christ (al-Massih) mewujudkan politically monarchy di Israel dan seterusnya memerintah dari Jerusalem sebagai Raja Israel (Zaman kegemilangan II selepas takhta Nabi Sulaiman a.s sebagai Zaman Kgemilangan I). Sila rujuk 'a day like a month' to 'a day like a week' iaitu yaumun ka sahrun - yaumun ka jum'ah sebelum Sea of Galilee kering sepenuhnya yang dijangka saintis yahudi kurang 50 tahun lagi. sedikit masa sahaja lagi. Allahu A'lam.
Untuk lebih memahami pengajian Eschatologi Islam, sila rujuk artikel-artikel sebelum ini. Segala justifikasi kepada kaedah Hadis ini dirujuk dari Guru-ku, Sheikh Imran Nazar. Hosein. Beliau tidak memaksa umat Islam mempercayai segala kajian dan kata-katanya di dalam kaedah Eschatologi Islam, akan tetapi beliau pernah berkata "apabila kebenaran itu hadir, anda kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga", merujuk kepada kejatuhan nilai Dollar AS dan peralihan kepada Electronic Money pada hari ini telah berada dalam beberapa kajian dan buku beliau 15 tahun lepas. Kepada yang baru mengenali Eschatologi Islam, bacaan ini agak berat untuk difahami, rujuklah artikel-artikel sebelum ini, sesungguhnya, ia akan membantu kita semua dalam pemahaman tentang plot dunia order baru di akhir zaman. Allahu A'lam. Eschatologi Islam adalah bukan satu bidang pencerapan atau penilikan dan Sheikh Imran Hosein bukanlah seorang ahli nujum. Ianya suatu kaedah yang dibongkar dan dibuat justifikasi dari al-Quran dan Hadis Sahih untuk 'membaca' proses akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Sebagai contoh, matahari akan terbit dari Barat adalah merupakan suatu tanda besar akhir zaman. Inilah Eschatologi Islam. Allahu A'lam.
http://www.orlingrabbe.com/binladin_timosman.htm