Majlis perasmian surau

Majlis perasmian surau
surau al iman

Tuesday, May 3, 2011

MASIH TAKUT PADA BAYANG OSAMA????



LIHAT GAMBO NI SEMUA..Betui ka osama tu...konflik masyarakat islam terhadap dasar memerangi keganasan AMERIKA...

(Video) Benazir Bhutto, mantan Perdana Menteri Pakistan Mengatakan Osama bin Laden Telah Lama Mati Dibunuh







Di sini adalah kenyataan Presiden pihak oposisi Pakistan Peoples Party dan mantan Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto pada 2 November 2007 sewaktu satu temu bual yang mengatakan bahawa Osama bin Laden sebenarnya telah lama dibunuh oleh seorang yang bernama Omar Syeikh. Benazir Bhutto dibunuh pada 27 Disember 2007.

Walaupun setelah itu ada pihak yang mengatakan bahawa beliau tersalah sebut nama Osama bin Laden yang seharusnya beliau menyebut nama Daniel Pearl, tapi argumentasi mengenai hal tersebut lemah dan diberitakan bahawa Benazir Bhutto tidak pernah mengeluarkan pernyataan menarik balik kata-kata beliau itu.

Anak perempuan Osama saksi pembunuhan bapanya

04/05/2011 2:27am

ISLAMABAD 4 Mei – Pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama bin Laden menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali tersebut, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat. – Reuters

Kematian Palsu Osama Laden & Tamat Konspirasi 9/11: Peralihan Pax Americana kepada Pax Judaica.

Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda. Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas. Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia. Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat. Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.

Dari perspektif eschatologi Islam pula, kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih). Allahu A'lam.

Dari pandangan hadis Sahih Muslim. Justifikasi kepada kejadian inilah yang dikatakan bahawa Pax Judaica akan mengambil alih dari Pax Americana sedikit masa sahaja lagi adalah untuk menjayakan misi dalam merintis jalan kepada The Anti-Christ (al-Massih) mewujudkan politically monarchy di Israel dan seterusnya memerintah dari Jerusalem sebagai Raja Israel (Zaman kegemilangan II selepas takhta Nabi Sulaiman a.s sebagai Zaman Kgemilangan I). Sila rujuk 'a day like a month' to 'a day like a week' iaitu yaumun ka sahrun - yaumun ka jum'ah sebelum Sea of Galilee kering sepenuhnya yang dijangka saintis yahudi kurang 50 tahun lagi. sedikit masa sahaja lagi. Allahu A'lam.

Untuk lebih memahami pengajian Eschatologi Islam, sila rujuk artikel-artikel sebelum ini. Segala justifikasi kepada kaedah Hadis ini dirujuk dari Guru-ku, Sheikh Imran Nazar. Hosein. Beliau tidak memaksa umat Islam mempercayai segala kajian dan kata-katanya di dalam kaedah Eschatologi Islam, akan tetapi beliau pernah berkata "apabila kebenaran itu hadir, anda kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga", merujuk kepada kejatuhan nilai Dollar AS dan peralihan kepada Electronic Money pada hari ini telah berada dalam beberapa kajian dan buku beliau 15 tahun lepas. Kepada yang baru mengenali Eschatologi Islam, bacaan ini agak berat untuk difahami, rujuklah artikel-artikel sebelum ini, sesungguhnya, ia akan membantu kita semua dalam pemahaman tentang plot dunia order baru di akhir zaman. Allahu A'lam. Eschatologi Islam adalah bukan satu bidang pencerapan atau penilikan dan Sheikh Imran Hosein bukanlah seorang ahli nujum. Ianya suatu kaedah yang dibongkar dan dibuat justifikasi dari al-Quran dan Hadis Sahih untuk 'membaca' proses akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Sebagai contoh, matahari akan terbit dari Barat adalah merupakan suatu tanda besar akhir zaman. Inilah Eschatologi Islam. Allahu A'lam.

http://www.orlingrabbe.com/binladin_timosman.htm


Tim Osama, a CIA agent in Pakistan

Inilah muka yang didakwa Osama. gambar ini sebenarnya telah diedit untuk menampakkan wajah mirip Osama Laden.


Telah lama mati dibunuh? Baru sahaja dibunuh oleh tentera Amerika? Masih hidup?





No comments:

Post a Comment