Penyelidik Jakim : Harus Bersumpah Menafikan Tuduhan Zina dan Pandangan Ahli Agama Mengenainya !!!
Penulis ditanya, salahkah jika seseorang yang dituduh berzina untuk bersumpah bagi menafikan tuduhan tersebut. Penulis katakan, tiada tegahan atau larangan menurut hukum syarak untuk seseorang bersumpah dengan nama Allah SWT atas tuduhan zina yang ditujukan kepadanya. Ia tidak semestinya hanya dilakukan di mahkamah.
Adapun jika kes tersebut dibawa ke mahkamah, pertama sekali, hakim akan meminta keterangan atau bukti daripada yang menuduh, jika yang menuduh tidak membawa bukti, maka hakim akan meminta yang tertuduh membuat perakuan atau menafikan dakwaan tersebut. Jika dia mengaku maka sabitlah tuduhan itu tetapi jika yang dituduh tidak mengaku maka hendaklah yang menuduh membawa keterangan atau bukti dakwaannya. Jika masih tiada bukti atau keterangan, yang menuduh berhak memohon kepada hakim supaya yang dituduh bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika yang dituduh bersumpah menafikan, maka gugurlah tuduhan tersebut, tetapi jika tidak maka sabitlah tuduhan tersebut. Sesetengah pendapat mengatakan sumpah dikembalikan kepada yang menuduh. Perbicaraan ini adalah berdasarkan kaedah "al-bayyinah limanidda'a wal-yamin 'ala man ankar", bermaksud, "keterangan (bukti) bagi yang menuduh dan sumpah bagi yang menafikan". Ia jelas menunjukkan sumpah ingkar tetap diperlukan menurut fuqaha', sekurang-kurangnya ia dapat membersihkan maruah diri orang yang dituduh. Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah, j.7, hal. 52.
Bersumpah mengingkari tuduhan atau dakwaan ini, bukan sahaja tertakluk kepada isu-isu muamalat tetapi ia juga merangkumi isu-isu ibadat, kaffarat dan hudud. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Syafi’iy dan al-Laith, jika seseorang dituduh dalam isu-isu tersebut maka yang dituduh boleh diminta supaya bersumpah untuk menafikan. Contohnya, Imam Syafi’iy mengatakan jika seseorang berkahwin dengan seorang wanita yang tidak halal bagi dirinya dengan dakwaan kerana jahil, maka dia hendaklah bersumpah atas dakwaannya itu. Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), j.7, hal. 54.
Sesungguhnya mempertahankan maruah diri dan keturunan adalah wajib dan ia termasuk dalam tangga ke-empat dalam maqasid al-syariah. Tambahan pula tuduhan zina adalah termasuk dalam jenayah berat yang boleh membawa kepada hukuman hudud. Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah boleh dijadikan rujukan dalam isu ini. Lihat ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
فخرج صلى الله عليه و سلم حتى أتى منزل أبي بكر فدخل عليها فقال : يا عائشة ان كنت فعلت هذا الامر فقولي لي حتى أستغفر الله لك فقالت : والله لا أستغفر الله منه أبدا، ان كنت قد فعلته فلا غفر الله لي وما أجد مثلي ومثلكم إلا مثل أبي يوسف (يوسف الآية 86 )
Bermaksud : Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)". Lihat al-Sayyuti (1993), al-Durr al-Manthur, Beirut: Dar al-Fikr, j.6, hal. 149; al-Tabarani (1983), al-Mu'jam al-Kabir, Musil: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam, j.23, hal. 124.
Dalam ungkapan Aisyah di atas, jelas menunjukkan bahawa beliau telah bersumpah atas nama Allah bagi menafikan dirinya terlibat dalam perbuatan tersebut. Malah Rasulullah SAW sendiri tidak menegur atau melarang Aisyah daripada bersumpah atas nama Allah bagi membersihkan dirinya. Sejurus selepas peristiwa ini juga turun beberapa ayat dalam surah al-Nur yang menafikan dan membersihkan Aisyah daripada tuduhan tersebut. Malah, dalam surah al-Nur ayat 16, Allah SWT mengajarkan kita apabila mendengar berita-berita dusta mengucapkan “Subhaanaka haza buhtaanun azhim” bermaksud, “Maha Suci Engkau (Allah) ini adalah pembohongan yang besar”. Kata Ibn 'Asyur ungkapan ini adalah untuk berlepas diri daripada sebarang tuduhan yang tidak patut. Lihat Ibn 'Asyur (1997), al-Tahrir wa al-Tanwir, Tunisia: Dar Sahnun, j.22, hal. 48.
Kesimpulannya, bagi penulis tidak mengapa untuk seseorang yang dituduh untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bagi menafikan tuduhan berat yang ditujukan kepadanya bagi membersihkan maruah dirinya. Sebaliknya sumpah yang ditegah dan dilarang di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah adalah sumpah dusta yang dibuat bagi kepentingan tertentu atau tujuan tertentu. Maka kepada Allah SWT, kita serahkan setiap mereka yang berdusta dan berbohong atas nama Allah SWT. Wallahu a'lam.
Blog Penyelidik Jakim bergelar Abu Hasef ini boleh dilayari di sini
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/05/harus-bersumpah-menafikan-tuduhan.html
Selain itu blog Tun Faisal ada juga menceritakan isu mubahalah / sumpah laknat ini di sini http://tunfaisal.blogspot.com/2011/04/video-seks-mubahalah-dan-budak-budak-pr.html
antara lain beliau menulis : Bagi sesiapa yang hendak memahami tentang soal mubahalah boleh membaca dari dua blog ini. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Dr Mohd Radzi Othman, beliau pernah menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Islam, di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Saya mengenali beliau sebab pernah mengambil kertas di bawah beliau semasa di USM.
Selain itu blog Tun Faisal ada juga menceritakan isu mubahalah / sumpah laknat ini di sini http://tunfaisal.blogspot.com/2011/04/video-seks-mubahalah-dan-budak-budak-pr.html
antara lain beliau menulis : Bagi sesiapa yang hendak memahami tentang soal mubahalah boleh membaca dari dua blog ini. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Dr Mohd Radzi Othman, beliau pernah menjadi pensyarah Jabatan Pengajian Islam, di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Saya mengenali beliau sebab pernah mengambil kertas di bawah beliau semasa di USM.
Hukum-Hakam Mubahalah
Wawancara dengan Dr Radzi mengenai mubahalah
Bagi budak-budak PR yang masih tidak berapa faham konteks mubahalah(macam mana mereka nak faham, kalau mereka ada ilmu dan faham aqidah, taklah mereka menganut dan menyokong sosialisme), biarlah diterangkan sekali lagi bahawa;
- Allah dan RasulNya tidak pernah menghalang mana-mana umat Islam untuk bermubahalah. Jadi siapa budak-budak PR yang mahu menghalang mubahalah? Mereka nak jadi Tuhan kah?
- Soal mubahalah adalah hak Eskay dengan Allah. Sekiranya selepas bermubahalah, dia dilaknat oleh Allah, apa masalah budak-budak PR? Apa yang mereka takut?
- Sekiranya Eskay bermubahalah dan jika Anwar di pihak yang benar, sepatutnya Anwar lebih berani untuk bermubahalah. Kenapa takut?
- Soal sama ada Anwar salah atau benar itu soal lain. Yang penting, jika Anwar berani bermubahalah, kita mahu melihat sama ada Anwar dilaknat Allah SWT atau tidak selepas itu.
Untuk budak-budak PR yang gagal memahami konteks antara mubahalahdan 4 saksi di mahkamah; budak-budak PR perlu belajar melihat konteks;
- Mubahalah adalah di antara seseorang individu dengan Allah swt
- Proses pembuktian kes jenayah sama ada melalui saksi mahupun bukti saintifik adalah soal mahkamah dunia
No comments:
Post a Comment